
OMNIPRESENCE DAN WALKING MESSAGE DI KAWASAN BERISIKO TINGGI (KBT) MUKIM BOTA
SERI ISKANDAR, 09 November : Program Walking Message & Omnipresence telah diadakan sekitar kedai di kawasan Pekan Bota.

Program ini bertujuan untuk menyampaikan informasi berkaitan penyalahgunaan dadah dengan mengedarkan risalah serta memberi maklumat berkenaan perkhidmatan yang ditawarkan oleh pihak AADK kepada pengunjung.
_______________________________________________
Agensi Antidadah Kebangsaan menasihatkan orang ramai supaya tidak terlibat dengan sebarang aktiviti berkaitan pemprosesan, pembekalan, penyeludupan, penjualan serta penagihan dadah.
Jika anda atau orang yang anda kenali ingin menyertai program rawatan dan pemulihan dadah yang disediakan oleh pihak AADK, sila hubungi talian Hotline AADK di 03-89112233 / 019-6262233

0 Comments