Asas Mengenali Anak Anda

Asas Mengenali Anak Anda | Sering kali ibu dan bapa merasa mereka telah mengenali anak-anak mereka. Namun ada kemungkinan mereka adalah orang yang terakhir mengenali anak mereka. Khususnya apabila anak-anak mereka yang terlibat dengan masalah.


Untuk mengenali siapa anak anda sebenarnya, ibu dan bapa perlu mengetahui keperibadian (personaliti), perasaan dan kebiasaan anak-anak sejak kecil dengan memperhatikan kecenderungan tingkah laku dan sifat mereka.


Berfikir sejenak, adakah anak saya mempunyai tingkahlaku yang menyimpang daripada kebiasaan atau terlalu pemalu? Seorang yang antisosial atau terlalu bebas? Suka memberontak atau menurut perintah? Pendiam atau ceria? Ramai kawan atau hanya berkawan dengan oranf tertentu sahaja? Apa jawapan yang anda perolehi?


Hubungan yang rapat dengan anak akan menyedarkan anda kepada setiap perubahan sikap dan tingkah laku anak-anak, peka terhadap keperluan perhatian dan kasih sayang dan mengenal hobi atau bakat anak anda. Semua ini boleh membantu anda membina jati diri anak-anak.




Asas Mengenali Anak Anda

Sejauh mana anda mengenali anak anda? Adakah anda tahu warna kegemarannya, sahabat baiknya, makanan kegemarannya, hobinya, gurunya dan sebagainya. Jangan sekali-kali anda pandang ringan perkara ini kerana menganggap ia sebagai perkara yang remeh. ia sebenarnya penting kepada mereka kerana inilah perkara-perkara yang bererti dalam kehidupan seharian mereka.


Jawab 10 Soalan Tentang Anak Anda Dan Bandingkan Jawapan Anda Dengan Anak Anda


1. Warna kegemaran anak saya ialah....


2. Sahabat baik anak saya ialah....


3. Nama guru yang disukai dan kenapa?


4. Siapa orang yang menjadi idola (role model) dalam keluarga?


5. Apakah makanan kesukaan anak saya?


6. Apakah hobi anak saya?


7. Apakah cita-cita anak saya?


8. Apakah rancangan / program televisyen yang digemarinya ?


9. Apa pendapat anak saya tentang dirinya dan saya?


10. Apakah perasaan dan harapan anak anda terhadap anda dan keluarga?


Apakah Keputusan Yang Diperolehi?


Apa sahaja jawapan yang diperolehi akan memberi gambaran sejauh mana anda mengenali anak anda. Ianya sama ada anda betul-betul mengenali anak anda atau anda perlu memberi lebih perhatian kerana anda mengenali sebahagian sahaja, atau anda tidak mengenali anak anda. Luangkan masa untuk anda mengenali anak anda sebelum terlambat.

Post a Comment

0 Comments