Relapse Prevention Pemulihan Di Dalam Komuniti

Relapse Prevention Pemulihan Di Dalam Komuniti


APAKAH MAKSUD RELAPSE

Program Pencegahan Relapse adalah salah satu program yang dijalankan oleh pihak Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) ke atas klien pengawasan yang berada dalam tempoh pengawasan AADK. Di bawah Pencegahan Relapse telah dipecahkan kepada 37 tajuk mengikut keperluan klien.


Relapse merupakan satu proses dan peristiwa yang dialami oleh seseorang. Relapse adalah proses pengaktifan semula untuk menggunakan bahan terlarang yang pernah digunakan sebelum ini. Relapse boleh dilihat pada tingkah laku dan ianya adalah proses dalaman. Proses relapse berakhir dengan kembali kepada sikap dan tingkah laku yang sama seperti keadaan semasa mengambil bahan terlarang dahulu.


OBJEKTIF PROGRAM RELAPSE

Program relapse dijalankan dengan objektif tertentu.


  • Membolehkan klien berinteraksi dengan klien lain dalam kepulihan
  • Mengingatkan klien kepada permasalahan dalam kepulihan dan tanda-tanda relapse
  • Memberikan klien strategi dan kaedah yang boleh digunakan bagi mengekalkan kepulihan.


MENGAPA PROGRAM RELAPSE PERLU DILAKSANAKAN

Setiap program yang dijalankan pastinya mempunyai sebab-sebab tertentu. Mengapa program pencegahan relapse dijalankan?

  • Mencegah kejadian awal relapse dan mengekalkan matlamat bebas dadah
  • Menyediakan plan pengurusan lapse atau kemahiran bagi mengelakkan terjadinya Relapse
  • Mengenalpasti faktor relapse anda
  • Menggunakan strategi daya tindak kognitif dan tingkah laku bagi mengelakkan relapse


KEPENTINGAN MENGENALPASTI RELAPSE

Pentingkah untuk klien pengawasan mengenalpasti relapse mereka? adalah amat penting untuk mereka kenalpasti bagi mengelakkan mereka daripada relapse.

  • Supaya setiap orang tahu mereka mampu dan boleh mencapai tahap BEBAS DADAH
  • Mampu mengekalkan bebas dadah dan pulih
  • Kadangkala relapse berlaku berulang kali dan merosakkan
  • Percaya bahawa relapse boleh di atasi


FOKUS APA YANG KORANG PERLU BUAT UNTUK ELAK RELAPSE

Apakah yang klien pengawasan perlu buat apabila sudah mengenalpasti faktor relapse mereka?


  • Mempelajari dan mengakui tentang penagihan korang dan mewujudkan rasa perlunya bebas daripada dadah.
  • Membina jaringan baru dan menyokong kepulihan sepanjang hayat.
  • Membina gaya hidup berasaskan pemulihan.
  • Meletakkan diri dalam  keadaan selamat. Pastikan korang bersih daripada mengambil dadah lagi.

Post a Comment

0 Comments