Mengekalkan Hubungan Dan Komunikasi Yang Baik Dengan Anak-Anak

Mengekalkan Hubungan Dan Komunikasi Yang Baik Dengan Anak-Anak

Ahli psikologi dan pakar-pakar motivasi mengemukakan banyak tips bagaimana cara mengukuhkan hubungan serta komunikasi yang baik dengan ank-anak. Antaranya ialah :





Tips Mengukuhkan Hubungan Dengan Anak-Anak


  • Menghormati pandangan anak-anak.
  • Elakkan memarahi anak-anak di hadapan orang ramai.
  • Berikan peluang kepada mereka untuk memberikan pendapat.
  • Ibu-bapa perlu menjawab pertanyaan daripada anak-anak dengan sebaik mungkin.
  • Libatkan sama anak-anak dalam proses untuk membuat keputusan.
  • Terangkan kepada anak-anak mengapa mereka dihukum atau dikritik.
  • Sentiasa berkomunikasi dengan anak-anak secara terbuka.
  • Ibu bapa perlu menghormati rakan-rakan anak mereka.
  • Berikan mereka masa sendirian atau privasi terutamanya pada anak-anak remaja mereka.
  • Dengar masalah anak-anak tanpa mengkritik.



Dengan meluangkan masa bersama anak-anak merupakan memori indah yang amat berharga sama ada bagi si anak atau ibu-bapa. Kenangan manis dan pahit ini berupaya untuk membentuk keperibadian si anak apabila dewasa kelak.


Ikat Anak-Anak Dengan Kasih Sayang


Bagi anak-anak yang sentiasa diberikan kasih sayang dan kegembiraan sejak kecil akan membesar menjadi insan yang baik. Manakala jika tiada kasih sayang dicurahkan kepada mereka, mereka akan membesar dalam ketakutan, kurang yakin serta bermasalah.


Yang mana satu pilihan kita ? Tepuk dada, tanyalah selera. yang mana satukah tindakan yang wajar.

Dalam mengenali erti kasih dan sayang anak-anak, berdamping, menyayangi serta memberikan perhatian kepada si anak semasa mereka membesar amatlah penting dalam mencorakkan kehidupan mereka akan datang. Sewajarnya, lakukan yang terbaik untuk mereka dan pegang amanah yang diberikan kepada anda dengan sebaik-baiknya.

Post a Comment

0 Comments