Cara Membuat QR Code | Seiring dengan perkembangan teknologi semasa dan keadaan pandemik covid-19 telah banyak mempengaruhi cara kerja setiap jabatan. Begitu juga dengan Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) Daerah Perak Tengah.
Sejak pandemik covid-19 aktiviti pameran dan kesedaran awam amatlah terhad. Keadaan ini telah mendorong pihak AADK Daerah Perak Tengah untuk membuat pameran secara maya.
Oleh itu pihak AADK Perak Tengah telah menggunakan sistem imbasan qr code untuk berkongsi maklumat bersama komuniti. Walaubagaimanapun bukan semua qr code generator dapat digunakan secara percuma.
Cara Buat QR Code Yang Ada Statistik Percuma
Untuk percubaan pertama, admin media sosial AADK Daerah Perak Tengah telah mencuba satu laman web untuk membuat qr code. Usaha ini telah berjaya tetapi ianya terhad pada satu tempoh sahaja. Kini AADK Daerah Perak Tengah menggunakan https://me-qr.com/ms/entry/ sebagai medium qr code generator secara percuma.
Admin suka mengingatkan bahawa jika kita menggunakan qr code generator percuma mestilah mempunyai kelemahan tersendiri. Melalui web qr code generator yang admin gunakan, hanya satu kelemahan iaitu selepas imbasan pihak ME QR akan menunjukkan iklan (google ads). Untuk membuang iklan dan mendapatkan lebih statistik anda perlu membeli akaun premium.
Contoh Hasil QR Code Yang Berjaya Dicipta
| Qr Code E-Pamplet |
Qr Code diatas merupakan pamplet antidadah yang boleh dimuatnaik dengan membuat imbasan pada qr code tersebut. Pamplet ini mengandungi panduan berguna untuk ibu bapa diluar sana yang mahu meningkatkan pengetahuan tentang pencegahan dadah.
Buat Qr Code Untuk E-Pamplet Pameran
E-pamplet ini sebenarnya mempunyai pamplet fizikal yang biasa diedarkan kepada komuniti setempat di suluruh negara. Tetapi dengan adanya e-pamplet sebegini edaran pemplet akan lebih meluas. Maklumlah dengan keadaan sekarang yang tidak mengizinkan program bersemuka dengan kerap.
Cara Untuk Scan Qr Code
Untuk membuat imbasan qr code ada beberapa cara bergantung kepada telefon pintar yang anda miliki. Ada sesetengah telefon pintar, anda hanya perlu menggunakan kamera telefon untuk imbas. Selain itu ada yang menggunakan aplikasi facebook yang mana ada simbol scanner qr code dibahagian atas. Cara yang mungkin paling mudah adalah memuatnaik aplikasi imbas qr code.
Kesimpulan
| Statistik ringkas jumlah viewer |
E-pamplet dengan cara imbas qr code atau dengan klik pada link qr code ini amat memudahkan kerja-kerja publisiti. Bukan itu sahaja, dengan ME QR kita dapat melihat jumlah imbasan yang telah dilakukan oleh pembaca diluar sana.

0 Comments