Ucapan Sempena Sambutan Israk Mikraj 27 Rejab 1443H

Ucapan Sempena Sambutan Israk Mikraj 27 Rejab 1443H | Assalamualaikum dan salam sejahtera.



Ucapan Sempena Sambutan Israk Mikraj 27 Rejab 1443H

 
Selamat Memperingati Peristiwa Agung Israk dan Mikraj
27 Rejab 1443H, 1 Mac 2022
 
Ketua Daerah AADK Daerah Perak Tengah iaitu Puan Hajah Nur Huwaina Binti Ahmad bersama seluruh warga kerja AADK Daerah Perak Tengah ini mengucapkan Salam Israk Mikraj kepada semua umat Islam. 
 
Israk & Mikraj merupakan salah satu peristiwa penting dalam sejarah Rasulullah SAW yang wajib diimani oleh umat Islam berdasarkan bukti-bukti daripada al-Quran dan as-Sunnah.
 
Peristiwa agung ini adalah perjalanan bersejarah Nabi Muhammad SAW dari Masjidilharam ke Masjid Al-Aqsa dan mengembara ke langit menghadap Allah SWT.
 
"Maha suci Allah yang telah menjalankan hamba-Nya (Muhammad) pada malam hari dari Masjidilharam (di Mekah) ke Masjid Al-Aqsa (di Palestin), yang kami berkati sekelilingnya untuk memperlihatkan kepadanya tanda-tanda (kekuasaan dan kebesaran) Kami. Sesungguhnya Allah jualah yang Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui." (al-isra' ayat 1)
 

Keistimewaan Peristiwa Israk Mikraj 

Salah satu cara Allah SWT memujuk Nabi Muhammad SAW kerana pada tahun itu merupakan tahun kesedihan baginda.

Rasulullah SAW bertemu para nabi sebelum baginda

Mendapat perintah solat 5 waktu

Dalam perjalanan israk mikraj itu Rasulullah SAW diperlihatkan nikmat syurga dan azab neraka.
 
Semoga penghayatan peristiwa ini akan meningkatkan keimanan kepada Allah SWT dan cinta kepada Rasulullah SAW untuk menjadikan kita umat
terbaik
.






Post a Comment

0 Comments