Program Walkabout Dan Walking Message Sempena Peringatan Hari Antidadah Kebangsaan 2022 | 19 Februari 2022 bertempat di Pasar Pagi Bota, Perak telah diadakan Program Walkabout dan Waking Message sempena Peringatan Hari Antidadah Kebangsaan (HADK) 2022.
Program ini telah dijalankan serentak di seluruh negara Malaysia daripada peringkat Ibu Pejabat hinggalah ke peringkat AADK Daerah. Program diadakan bermula pada pukul 8.00 pagi hingga 12.00 tengahari.
Ketua Pegawai AADK Daerah Perak Tengah, Puan Nur Huwaina Binti Ahmad juga turut sama menyampaikan maklumat kepada pengunjung pasar pagi pada hari berkenaan.
Aktiviti ini menerima tindak balas positif daripada masyarakat setempat yang mana mereka sesetengahnya berminat untuk mendapatkan perkhidmatan daripada pihak AADK selanjutnya selepas ini.
Selain bertemu muka dengan pengunjung dan peniaga di sekitar pasar pagi, pihak AADK Daerah Perak Tengah juga memanjangkan langkah ke lot-lot kedai di sekitar Pekan Bota.
Program Walking Message seperti ini amat penting untuk menyampaikan maklumat berkaitan pencegahan dadah, saluran aduan dan menyebarkan Hotline AADK.
Pemulihan seseorang daripada penyalahgunaan dadah adalah bukan sesuatu yang mudah. Kepulihan daripada najis dadah adalah sepanjang hayat mereka. Atas dasar itulah kita perlu menyampaikan maklumat supaya kita sama-sama dapat mencegah ahli keluarga kita daripada terjebak.
#LebihBaikCegah

0 Comments