Pendaftaran SKUAD AADK Daerah Perak Tengah

Pendaftaran SKUAD AADK Daerah Perak Tengah | Assalamualaikum dan salam sejahtera.

CikMinPT telah menerima soalan daripada pembaca,  adakah Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) mempunyai pasukan sukarelawan? Jawapannya YA pihak AADK mempunyak sukarelawan yang digelar SKUAD AADK.


Peranan SKUAD AADK


SKUAD AADK ditubuhkan atas memperkukuhkan peranan komuniti dalam melakukan aktiviti sukarelawan. Dengan kewujudan entiti kesukarelaan dalam pencegahan dadah bagi membantu  mewarnai aktiviti kempen untuk lebih dekat dengan masyarakat.

“Anda berkongsi pengetahuan dan kemahiran dengan komuniti yang memerlukan tanpa mengharapkan sebarang ganjaran. Bila anda terlibat secara langsung sebagai sukarelawan, maka komuniti yang anda berkhidmat akan mendapat perkhidmatan dan pengetahuan anda”

petikan dari Aktivis Sukarelawan


Tujuan Penubuhan SKUAD AADK


Sukarelawan yang berdaftar akan menyemarakan lagi gelombang kesukarelaan dalam pencegahan dadah secara bersepadu.

Menganjurkan aktiviti berfokus khusus untuk mengurangkan faktor risiko dan meningkatkan faktor pelindung berdasarkan profiling dan penilaian situasi tempat. 

Menjadi penghubung sumber dalam komuniti berkaitan masalah dadah, substan dan pelencongan sosial.  


Objektif Penubuhan SKUAD AADK


  • Menyebarkan kesedaran mengenai bahaya penyalahgunaan dadah
  • Memberi sokongan awal kepada individu yang menghadapi masalah dadah dan sosial
  • Mempromosi gaya hidup tanpa dadah 




Pendaftaran SKUAD AADK Daerah Perak Tengah

Untuk pengetahuan anda, pendaftaran SKUAD AADK boleh dibuat secara atas talian. Untuk menjadi Ahli Skuad AADK Perak Tengah, anda boleh terus ke link borang untuk pihak AADK Perak Tengah daftarkan di dalam sistem.


Selepas anda mendaftar menjadi ahli skuad, anda akan menerima kad ahli. Anda juga perlu tahu Skuad AADK juga mempunyai ahli jawatankuasa yang terdiri daripada ahli sendiri. Menjadi ahli Skuad AADK juga memberi anda peluang untuk menyertai program-program bersama Agensi Antidadah Kebangsaan Daerah Perak Tengah.


Antara Program Yang Pernah Diadakan Bersama Skuad AADK Daerah Perak Tengah

1. Program Bersama Anak Yatim Dan Warga Miskin

2. Cabaran Pendakian Bukit 300 Teluk Batik

3. Program Gotong-Royong

4. Program Sembang Santai Skuad

5. Program Singgah Sahur Bersama YB dan pemimpin setempat.

Post a Comment

0 Comments