Di bawah Modul i-cegah pihak Agensi Antidadah Kebangsaan Daerah Perak Tengah sedia mengadakan atau menerima jemputan kempen kesedaran awam dan pendidikan pencegahan di institusi pendidikan di sekitar daerah Perak Tengah.
Antara aktiviti yang dijalankan untuk kempen dan publisiti pencegahan dadah adalah mengadakan pameran statik sama ada di sekolah rendah, sekolah menengah, Institut Pengajian Tinggi (IPT), tempat kerja dan juga tempat umum.

Pameran Statik AADK Daerah Perak Tengah
Berikut adalah aktiviti pameran yang telah dijalankan oleh Unit Pencegahan AADK Daerah Perak Tengah sepanjang minggu pertama bulan Ogos.
Pameran Statik Di Maktab Randah Sains Mara (MRSM) Parit, Perak.
![]() |
| Pameran Antidadah MRSM Parit, Perak |
Jemputan pameran ini sempena Hari Kokurikulum MRSM Parit, Perak yang berlangsung pada 4 Ogos 2022. Pegawai bertugas adalah Encik Zeli Azwan, Encik Mohammad Afiq, Cik Hani dan Puan Shalimar.
Pameran Statik Antidadah Di Sekolah Kebangsaan Jenis (Tamil) Ladang Glenealy, Perak.
![]() |
| Pameran SJK (T) Ladang Glenealy |
Pameran yang diadakan di SJK(T) Ladang Glenealy ini telah dijalankan selepas sesi ceramah daripada Encik Vijendran A/l Ramakrishnan (AADK Kampar). Pameran telah dikendalikan Puan Intan Nafisah, Encik Zeli Azwan dan Puan Noor Hayati.
Pameran Antidadah Sekolah Kebangsaan Seri Iskandar

Pameran ini telah diadakan pada hari sabtu 6 Ogos 2022 bertempat di Dewan Makan Asrama SK Seri Iskandar. Selain pameran turut diadakan ceramah antidadah daripada Encik Mohammad Afiq kepada anak-anak asrama, ibu-bapa dan guru yang sudi hadir.
Pegawai bertugas pameran pada hari itu adalah Puan Shalimar, Encik Zamzuri dan Encik Shaiful Azli. Terima kasih kepada Guru Besar dan SK Seri Iskandar kerana menjemput kami untuk berkongsi mesej antidadah.
Sekian, Terima kasih.



0 Comments