PAMERAN STATIK ANTIDADAH

 ‘SAYANGILAH KELUARGA KITA’

Pada 12 November 2022 AADK Daerah Perak Tengah telah menerima jemputan dari Pejabat Panel Penasihat Klinik Kesihatan Lambor Kiri untuk mengadakan pameran sempena Program Panel Penasihat Klinik Kesihatan Lambor Kiri di Perkarangan Surau Al-Ikhlasiah, Kampung Teluk Kepayang Hilir, Bota, Perak.
Antara aktiviti yang dijalankan ialah Ceramah kesihatan yang bertajuk Pemakanan Sihat Penyakit Diabetes.Selain itu, Senamrobik, Pertandingan mewarna tahap 1 dan tahap 2, Saringan Kesihatan, Pertandingan Gubahan Menu Sihat, termasuk Kuiz Antidadah, Pameran Statik Antidadah, Permainan Interaktif dan Fisioterapi Diabetes. Pihak AADK juga berkesempatan menyantuni Komuniti. Acara Cabutan bertuah buat semua pengunjung seramai 200 juga turut diadakan.
Perasmian Penutup bagi program ini telah dirasmikan oleh YB Khairul Shahril Mohamed yang merupakan Ikon Antidadah AADK Daerah Perak Tengah.
Setinggi tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua yang terlibat.
_____________________________________
Agensi Antidadah Kebangsaan menyeru kepada mereka yang terlibat dengan penyalahgunaan dadah untuk tampil mendapatkan rawatan dan pemulihan secara sukarela sebelum keadaan menjadi lebih mudarat.
Agensi Antidadah Kebangsaan menasihatkan orang ramai supaya tidak terlibat dengan sebarang aktiviti berkaitan pemprosesan, pembekalan, penyeludupan, penjualan serta penagihan dadah.
Jika anda atau orang yang anda kenali ingin menyertai program rawatan dan pemulihan dadah yang disediakan oleh pihak AADK, sila hadir ke pejabat AADK yang berhampiran atau hubungi talian Hotline AADK di 03-8911 2233 atau 019-626 2233.

Post a Comment

0 Comments