Perhimpunan tersebut telah dimulai dengan Nyanyian Lagu Negaraku, Lagu Negeri Perak dan Lagu Rasmi AADK. Seterusnya Pengarah AADK Negeri Perak memberikan ucapannya sempena perhimpunan bulanan. Pihak AADK Negeri Perak telah menjemput Encik Md Yusrin Bin Md Yusuf, Penolong Pengarah Unit Integriti Ibu Pejabat AADK untuk memberikan ceramah bertajuk Integriti bersempena Hari Integriti Nasional.
Antara input-input yang diperolehi daripada ceramah tersebut ialah kepimpinan. Kepimpinan sangat penting dalam mencorakan budaya organisasi dan masyarakat serta tahap integriti. Kepimpinan pelbagai peringkat perlu mempunyai azam dan iltizam yang teguh untuk memberikan pedoman dan petunjuk serta melakukan perubahan untuk kebaikan. Selain itu sistem dan prosedur juga penting dalam sesebuah jabatan yang berintegriti yang merangkumi pelbagai dimensi. Struktur dan institusi ialah komponen penting dalam menjamin kelancaran pentadbiran kerajaan, swasta dan masyarakat umum.Struktur sesebuah organisasi perlu kemas, terfokus serta mempunyai matlamat yang jelas dan munasabah.
Program ini juga telah diselang-selikan dengan acara Cabutan Bertuah bagi memeriahkan suasana.
Antara Senarai Anugerah yang telah disenarai pendek adalah seperti berikut ;
Pengurusan AADK Daerah Terbaik
1) AADK Daerah Perak Tengah
2) AADK Daerah Kampar
3) AADK Daerah Manjung
Pengurusan MyAADK AADK Daerah Terbaik
1) AADK Daerah Kuala Kangsar
2) AADK Daerah Hilir Perak
3) AADK Daerah Hulu Perak
Pelaksanaan Program Pencegahan AADK Daerah Terbaik
1) AADK Daerah Batang Padang
2) AADK Daerah Kinta
3) AADK Daerah Kuala Kangsar
Pelaksanaan Program RPP AADK Daerah Terbaik
1) AADK Daerah Kerian
2) AADK Daerah Kuala Kangsar
3) AADK Daerah Hilir Perak
Pelaksanaan Program Penguatkuasaan AADK Daerah Terbaik
1)AADK Daerah Batang Padang
2)AADK Daerah Kinta
3)AADK Daerah Larut Matang & Selama
Ketua Pegawai AADK Daerah Terbaik
1) En. Sharuddin b. Abdul Salam - AADK Daerah Batang Padang
2) Pn. naemah Binti Baharuddin - AADK Daerah Kuala Kangsar
3) En. Azman Bin Hashim - AADK Daerah Kinta
Pekerja Contoh AADK Negeri Tahun 2022
Cawangan Pengurusan - Pn . Nur Alina Fatilah Bt Mohamad @ Hj Maasom
Cawangan RPP - Dr. Uthayasoorian A/l Shanmugam
Cawangan Pencegahan - En. Mohamad Noor Hafizi bin Mat Azib
Cawangan Penguatkuasaan - Puan Nurul Àin Binti Sahrin
Pekerja Contoh AADK Daerah 2022
1) En. Syed Nadzli Shahbuddin B Sy. Mahadzir - AADK Daerah Kinta
2) En. Mohd Hazrol Bin Abdul Hamid - AADK Daerah Batang Padang
3) Pn Maria Binti Mohamad - AADK Daerah Hilir Perak
4) Pn. Umie Nadiah Binti Abdullah - AADK Daerah LMS
5) Pn. Nor Hafizah Binti Mohd Noor - AADK Daerah Kerian
6) En. Nur Atha Bin Zainudin - AADK Daerah Perak Tengah
7) En. Mohamad Jefri Bin Hussin - AADK Daerah Kuala Kangsar
8) En. Mohd Zubir Bin Muhammad Yusoff - AADK Daerah Manjung
9) En. Muhammad Zamir Bin Bah Rumba - AADK Daerah Hulu Perak
10) En. Mohamed Yusri Bin Mohamad Yunus - AADK Daerah Kampar
11) En. Riduan Azizi Bin Ab Rashid - Puspen Seri Iskandar
AADK DAERAH TERBAIK KESELURUHAN
1) AADK DAERAH BATANG PADANG
Syabas dan tahniah kepada semua penerima anugerah! Semoga dengan adanya anugerah ini semua pegawai dan kakitangan AADK Negeri Perak dapat meningkatkan dan menambahbaik lagi perkhidmatan kita kepada pelanggan dan klien AADK serta meningkatkan mutu kerja dalam perkhidmatan kita ini.
Semoga berjumpa lagi tahun hadapan ! 😊













0 Comments