BILIK SUMBER PPDa IDEA BERNAS


PARIT PERAK, 25 Nov 2022;
Puan Intan Nafisah Binti Mohd Salleh selaku Ketua Unit Pencegahan AADK Daerah Perak Tengah telah mengunjungi Sekolah Kebangsaan Parit , Perak dengan tujuan untuk melihat Bilik Sumber PPDa dan juga Laluan PPDa yang terdapat di sekitar lokasi sekolah berkenaan.

Sekolah Kebangsaan Parit telah berjaya mendapat Naib Johan Anugerah Pengurusan Bilik Sumber PPDa Kategori Sekolah Rendah Peringkat Negeri Perak. Sekolah ini juga akan menghantar penyertaan pertandingan Anugerah Pengurusan PPDa Terbaik di Peringkat Negeri. Hasil usaha keras Puan Rogayah Bin Mat Jani, selaku Guru besar dan guru-guru yang terlibat secara langsung dan tidak langsung serta mendapat sokongan dari Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) tersebut telah membuahkan hasil yang cukup membanggakan. Program seperti ini merupakan salah satu program melibatkan murid anjuran Kementerian Pelajaran Malaysia yang dilaksanakan diperingkat sekolah daerah,negeri dan kebangsaan dalam usaha melahirkan murid yang berpengetahuan dan berkemahiran menolak ancaman dadah dan gejala sosial.
Pelbagai usaha yang telah dilakukan oleh guru-guru sekolah tersebut bagi merealisasikan Laluan PPDa dan juga Bilik Sumber PPDa tersebut. Sekolah ini telah mewujudkan jadual bertugas pengawas bagi Laluan PPDa bagi memastikan laluan tersebut sentiasa bersih dan kemas selain memastikan segala maklumat dan info berkaitan dengan penyalahgunaan dadah dikemaskini.
Selain itu juga, Jawatankuasa Murid PPDa telah diwujudkan bagi memberi peluang kepada murid-murid untuk menggalas tugas untuk menjaga Laluan PPDa dan juga Bilik Sumber PPDa mengikut jadual bertugas yang telah disediakan.
Seterusnya sekolah ini berharap dapat menghantar lagi penyertaan dan pertandingan berkenaan Laluan PPDa dan juga Bilik Sumber PPDa ke peringkat yang lebih tinggi lagi.
Syabas dan tahniah diucapkan kepada semua guru-guru dan murid-murid Sekolah Kebangsaan Parit Perak kerana telah berjaya melaksanakan program seperti ini.
__________________________________________________
Lebih baik cegah. Keprihatinan kepulihan adalah kehidupan. Hubungi talian hotline AADK 03-8911 2233 atau 019-626 2233 untuk khidmat nasihat, pertanyaan dan aduan. Layari adk.gov.my ketahui perkhidmatan AADK.

Post a Comment

0 Comments