PROGRAM PENDIDIKAN PENCEGAHAN KANAK-KANAK & MAJLIS ANUGERAH KEPULIHAN KLIEN

Bota Perak ; Agensi Antidadah Perak Tengah telah mengadakan Program Pendidikan Pencegahan Kanak-Kanak dan Majlis Anugerah Kepulihan Klien AADK Daerah Perak Tengah pada 09 Disember 2022, Jumaat bertempat Dmall Hotel, Seri Iskandar Perak.

Program ini bukan sahaja telah mendapat sokongan penuh dari Yang Berhormat Tuan Khairudin bin Haji Abu Hanipah Ahli Dewan Undangan Negeri Kawasan Belanja merangkap Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Pengajian Tinggi, Belia dan Sukan, malah PEMADAM Daerah Perak Tengah, Jawatankuasa Pemulihan Dadah Daerah Perak Tengah dan Skuad Antidadah Daerah Perak Tengah turut bersama menjayakan program ini.
KEHADIRAN TETAMU JEMPUTAN




Program ini telah mengumpulkan ketua-ketua jabatan antaranya Pejabat Daerah Perak Tengah,PEMADAM Daerah Perak Tengah,Ibu Pejabat Polis Daerah Perak Tengah, Pejabat Pendidikan Daerah Perak Tengah,Pejabat Kesihatan Daerah Perak Tengah, Rumah Seri Kenangan Seri ISkandar, Penghulu Mukim, pihak sekolah dan klien pengawasan AADK Perak Tengah bagi menunjukkan semangat kolaborasi dalam memerangi permasalahan dadah di Daerah Perak Tengah.
Selain daripada itu, penyampaian hadiah kepada para pemenang yang telah menyertai pertandingan Pendidikan Pencegahan Dadah (PPDa), pertandingan mewarna, pertandingan melukis poster dan pertandingan menulis sajak antidadah bertemakan "Lebih Baik Cegah"peringkat sekolah rendah.


TETAMU MENJAMU SELERA


Penyampaian hadiah kepada klien yang berjaya kekal pulih juga telah diberikan kepada klien yang berjaya mengekalkan kepulihan selepas tamat tempoh pengawasan selama 2 tahun dan ke atas.
Dalam masa yang sama, penyampaian hadiah kepada Klien Mohammad Firdaus bin Mohd Azahar kerana telah mendapat tempat kedua bagi Pertandingan Azan Peringkat Kebangsaan sempena Program I-Deen.
Penyerahan Kad Skuad Antidadah juga telah diserahkan kepada dua orang ahli Skuad Antidadah Daerah Perak Tengah iaitu Ym Raja Muhamad Khalis Bin Raja Abu Bakar dan Ustaz Muhamad Amir bin Haji Amri.
Penyerahan anak angkat (klien) kepada bapa angkat (Penghulu mukim dan Ahli JKPD) sempena program Mentor-mentee/ Program Anak Angkat juga telah dilaksanakan bagi memudahkan penghulu mukim mengesan dan mengenali anak angkat masing-masing.

PENYAMPAIAN SIJIL PENGHARGAAN


AADK sangat komited dalam memastikan permasalahan penyalahgunaan dadah di dalam Daerah Perak Tengah ini dapat dibendung selaras dengan arahan untuk mencapai “Dadah Terkawal 2025”. Oleh itu, program ini telah menggabungkan Program Pemulihan dan Program Pencegahan bagi memberi pendidikan pencegahan dadah dari peringkat sekolah hingga peringkat komuniti. Memerangi penyalahgunaan dadah ini adalah satu kewajipan bagi semua anggota masyarakat kerana dadah tidak mengenal batasan keturunan, agama, kaum, budaya, status kedudukan dan fahaman politik. Memerangi dadah sejajar dengan pengisyhtiharan bahawa masalah penyalahgunaan dadah sebagai satu ancaman kepada keselamatan, ketahanan dan keutuhan Negara.
__________________________________________________
Lebih baik cegah. Keprihatinan kepulihan adalah kehidupan. Hubungi talian hotline AADK 03-8911 2233 atau 019-626 2233 untuk khidmat nasihat, pertanyaan dan aduan. Layari adk.gov.my ketahui perkhidmatan AADK. Kempen antidadah bersama Jabatan Penerangan Malaysia

Post a Comment

0 Comments