LAWATAN KE RUMAH OLEH UNIT RAWATAN, PERUBATAN & PEMULIHAN

LAWATAN KE RUMAH OLEH UNIT RAWATAN, PERUBATAN & PEMULIHAN | 25 Julai 2018 | Ketua Unit Rawatan, Perubatan & Pemulihan (RPP) bersama 2 orang kakitangan Agensi Antidadah Kebangsaan Daerah Perak Tengah telah mengadakan lawatan ke rumah Orang Kena Pengawasan (OKP). Lawatan Ke Rumah ini diadakan untuk mengetahui perkembangan OKP seliaan AADK Daerah Perak Tengah dan bertemu keluarga OKP secara tidak langsung.


Lawatan Ke Rumah juga dibuat untuk memastikan OKP terus hadir ke program-program pemulihan yang diadakan sepanjang mereka menjalani pengawasan di bawah AADK Daerah Perak Tengah sama ada 2 atau 3 tahun. Semoga dengan tagline Ambil Kisah Ambil Tindakan ini dapat memberi motivasi kepada OKP untuk berubah.

#Negaraku
#AmbilkisahAmbilTindakan
#PerangiDadahhabishabisan3.0
#Dadahmembinasakan
#Sayangidirimu
#AADK
#AADKPERAKTENGAH

Post a Comment

0 Comments