
PENGENALAN AGENSI ANTIDADAH KEBANGSAAN DAERAH PERAK TENGAH | Agensi
Antidadah Kebangsaan Daerah Perak Tengah ditubuhkan selaras dengan kehendak
pihak AADK Malaysia sendiri bagi mewujudkan setiap pejabat AADK disemua daerah di
Malaysia. Pejabat ini merupakan bangunan 2 tingkat yang berkeluasan 405m
persegi. Agensi Antidadah Kebangsaan Daerah Perak Tengah terbahagi kepada tiga unit utama iaitu Unit Rawatan, Perubatan dan Pemulihan, Unit
Penguatkuasaan dan Keselamatan, Unit Pencegahan dan Kesedaran Awam tidak dilupakan Unit
Pentadbiran.
Bangunan
AADK Perak Tengah ini mula diguna pakai pada awal tahun 2015 yang mana sebelum
ini AADK Daerah Perak Tengah bertempat di Batu Gajah yang kini sepenuhnya memberi
perkhidmatan Cure & Care Service Centre Batu Gajah.
Keseluruhan kawasan seliaan AADK Daerah Perak
Tengah meliputi kawasan seluas kira-kira 12,205 hektar ( 1282.05 km ) persegi
yang merangkumi 12 buah mukim. Daerah ini terletak di bahagian tengah Negeri
Perak. Bentuknya memanjang dari Utara ke Selatan dengan Sungai Perak mengalir
ke bahagian tengah membahagikan kepada dua bahagian kanan dan kiri.
AADK
Daerah Perak Tengah terdiri daripada 12 kawasan seliaan yang terdiri daripada
:
1. Mukim Belanja
2. Mukim Layang-Layang
3. Mukim Bota
4. Mukim Lambor Kiri
5. Mukim Lambor
Kanan
6. Mukim Pulau Tiga
7. Mukim Kampung Gajah
8. Mukim Pasir Salak
9. Mukim Pasir
Panjang Ulu
10. Mukim Bandar
11. Mukim Kota Setia
12. Mukim Jaya Baharu
AADK Daerah Perak Tengah menyelia Orang Kena Pengawasan (OKP) yang melaporkan diri di balai polis berikut :
1. Balai Polis Seri Iskandar
2. Balai Polis Kg.Gajah.
3. Balai Polis Bota.
4. Balai Polis Parit
5. Balai Polis Jejawi ( Kota Setia ).
#Negaraku
#AmbilkisahAmbilTindakan
#PerangiDadahhabishabisan3.0
#Dadahmembinasakan
#Sayangidirimu
#AADK
#AADKPERAKTENGAH
#AmbilkisahAmbilTindakan
#PerangiDadahhabishabisan3.0
#Dadahmembinasakan
#Sayangidirimu
#AADK
#AADKPERAKTENGAH

0 Comments