APAKAH ITU DADAH | 'DADAH' atau 'DRUG' adalah bahan atau kimia yang amat merbahaya kepada individu yang menggunakannya kerana ia mengubah cara minda dan tubuh manusia berfungsi. Menurut Kamus Dewan Melayu-Inggeris, 'Drug' bermaksud ubat-ubatan. Walaupun sedemikian, untuk memberi takrif penyalahgunaan kepada 'drug' perkataan 'use', 'misuse' atau 'abuse' perlu digunakan bersama-sama dengan perkataan 'drug'. Contohnya 'drug abuse' atau 'misuse of dug' yang membawa maksud penyalahgunaan dadah.
Dadah merupakan satu istilah khas yang merujuk kepada sejenis bahan yang mendatangkan kemudaratan kepada kesihatan seseorang dari segi fizikal, mental dan emosi serta tingkahlaku pengguna apabila digunakan. Akibat daripada kesan ini, seseorang yang menyalahgunakan dadah akan menjadi ketagihan dan akan terus bengantung kepadanya.

CIRI-CIRI DADAH
|
Mempunyai kesan paling ketara ke atas
sistem saraf pusat (otak dan saraf tunjang)
|
|
Digunakan bukan untuk tujuan perubatan
dan penggunaannya adalah dilarang.
|
|
Diperolehi secara haram
|
|
Membawa kepada
kebergantungan fizikal dan psikologikal dan meningkatkan daya tahan terhadap
dadah.
|
|
Mendatangkan kesan-kesan buruk dan
bahaya ke atas kesihatan dan fungsi sosial seseorang.
|
Jangan pernah cuba !
Carilah keseronokan yang lain tapi katakan TIDAK pada dadah!
Jangan terima walau kawan belanja ! Sekali belanja, dua belanja, tiga? Terpaksa beli sendiri !
#Bencidadah
#PerangiDadahHabisHabisan
#AADKPeraktengah
#AADKMalaysia.

0 Comments