PENCEGAHAN DADAH BERMULA DARI RUMAH


PENCEGAHAN DADAH BERMULA DARI RUMAH | Assalamualaikum, Salam Sejahtera. Keluarga menjadi institusi pendidikan pertama bagi seseorang anak, iaitu pendidikan tidak formal. Di sinilah terbentuknya karakter, sikap, tingkahlaku dan nilai seseorang anak sebelum mereka dicorak semula oleh guru sekolah, dipengaruhi rakan sebaya, dan disunting oleh arus media yang tiada sempadan akses dalam dunia hari ini. Anak-anak lelaki mahupun perempuan boleh mengelak dari terlibat dengan penyalahgunaan dadah sekiranya memiliki ciri-ciri atau sifat-sifat berikut :

01.
Jalinan hubungan keluarga yang rapat dan amalan disiplin yang konsisten.

02.
Sikap saling mempercayai antara ibu bapa dengan anak-anak. Jangan kedekut atau segan untuk memberi pujian kepada anak-anak. Hasilnya anak-anak akan merasa diri dihargai dan disayangi dalam keluarga.

03.
Bersikap positif dan boleh menyesuaikan diri dengan keadaan sekeliling. Mereka perlu berwaspada dengan orang tidak dikenali atau orang asing. Latih anak tidak bergaul, tidak bercakap, tidak menerima atau guna barang yang diberi orang asing.

04.
Membesar dalam keluarga yang bebas dari dadah.

05.
Sokongan keluarga yang kuat antara satu sama lain. Jika anak-anak melakukan kesalahan , buat teguran terus dan jangan tangguh atau biarkan. Cuba elak menegur dengan menjatuhkan harga diri dan memalukan mereka khususnya di hadapan adik beradik mahupun rakan sebaya.

06.
Mempunyai rakan-rakan yang bebas dadah



Ibu dan bapa perlu menjadi watak penting sebagai model kepada anak-anak. Jadilah contoh dan teladan kepada anak-anak, melalui kaedah beremosi, berfikir dan bertingkahlaku. Banyak sebab kenapa kanak-kanak boleh terjebak dengan dadah. Kecenderungan seseorang mencuba sesuatu tingkahlaku baru, sama ada elok atau berisiko, merupakan sebahagian daripada proses perkembangan mereka.

#AADKPerakTengah
#AmbilKisahAmbilTindakan
#Bebasdadah
#PerangiDadahHabisHabisan

Post a Comment

1 Comments