PROGRAM COMMUNITY EMPOWERMENT AADK PERAK TENGAH

PROGRAM COMMUNITY EMPOWERMENT AADK PERAK TENGAH | 4 Oktober 2018 ( Khamis) telah diadakan Program Community Empowerment (CE) di Dewan Serbaguna Bangunan Negeri Perak (SUK) Ipoh, Perak. Program yang pada awalnya mensasarkan penyertaan seramai 60 orang terdiri daripada Ketua-ketua Komuniti, Wakil-wakil Ketua Jabatan Kerajaan dan NGO dari Daerah Perak Tengah ini telah berjaya menarik minat komuniti setempat untuk hadir sehingga mencatatkan kehadiran lebih dari 100 peratus.

Dirasmikan oleh Ketua Penolong Pegawai Daerah Perak Tengah, En. Norhisyam bin Karno, program ini diadakan bertujuan untuk menyebarkan maklumat mengenai penyalahgunaan dadah dan juga Kempen Perangi dadah Habis-habisan yang telah dilancarkan oleh pihak AADK. Melalui program ini juga, wakil komuniti setempat telah diberikan maklumat dan penerangan mengenai kaedah-kaedah terbaik menangani masalah penyalahgunaan dadah dikawasan masing-masing.

 Pendaftaran peserta yang bermula dari pukul 8.00 pagi.

 Ceramah pertama | Disampaikan oleh Penolong Pengarah Pencegahan AADK Negeri Perak.

 Ceramah kedua | Disampaikan oleh Ketua Pegawai Daerah Hilir Perak.

 Ceramah Ketiga | Disampaikan oleh Ketua Pegawai Daerah Kerian.

 Nyanyian Lagu Negaraku dan Lagu Negeri Perak.

 Penyampaian sijil penyertaan kepada peserta yang hadir.

Bergambar Tetamu VIP, urusetia dan peserta yang hadir.

Pihak Agensi Antidadah Kebangsaan Daerah Perak Tengah merakamkan jutaan terima kasih atas kerjasama yang telah diberikan oleh semua peserta.

Post a Comment

0 Comments