LAWATAN KERJA YDH CP DATO' SERI ZULKIFLI BIN ABDULLAH KE AGENSI ANTIDADAH KEBANGSAAN DAERAH PERAK TENGAH | 02 November 2018 (Jumaat) YDH CP Dato' Sri Zulkifli Bin Abdullah iaitu Ketua Pengarah Agensi Antidadah Kebangsaan Malaysia bersama beberapa orang pegawai kanan daripada Ibu Pejabat AADK Malaysia telah membuat kunjungan hormat ke AADK Daerah Perak Tengah sempena lawatan kerja dan Program Ramah Mesra "Success Client" yang dihadiri juga ketua-ketua pegawai AADK Daerah di Negeri Perak, Ahli Jawatankuasa Pemulihan Dadah Daerah Perak Tengah (JKPD) dan Orang Kena Pengawasan (OKP) Daerah Perak Tengah.
YDH CP Dato' Sri Zulkifli Bin Abdullah bergambar kenangan bersama pegawai dan kakitangan Agensi Antidadah Kebangsaan Daerah Perak Tengah.
Dato' Sri Ketua Pengarah bersama Ahli Jawatankuasa Pemulihan Dadah (JKPD)
Daerah Perak Tengah.

Dato' Sri Ketua Pengarah bertemu beberapa orang wakil Orang Kena Pengawasan (OKP) Daerah Perak Tengah.
Pengarah AADK Negeri Perak dan Ketua Pegawai AADK Daerah Perak Tengah bersama pegawai-pegawai Klinik Cure & Care Seri Iskandar mengiringi Dato' Seri Ketua Pengarah melawat kawasan Klinik Cure & Care Seri Iskandar.
YDH CP Dato' Sri Zulkifli Bin Abdullah mentandatangani Buku Lawatan Rasmi AADK Perak Tengah di samping Pengarah AADK Negeri Perak.
Jutaan Terima Kasih atas kesudian YDH CP Dato' Sri Zulkifli Bin Abdullah yang sudi berkunjung ke AADK Daerah Perak Tengah. Sekalung tahniah juga kepada pegawai dan kakitangan AADK Perak Tengah yang telah bertungkus-lumus menjayakan program pada hari tersebut.

0 Comments