Pameran Sempena Mini Classic Speed Day Piala Raja Muda Perak Darul Ridzuan

Pameran Sempena Mini Classic Speed Day Piala Raja Muda Perak Darul Ridzuan | KAMPUNG GAJAH, 27 JANUARI 2019 : Piala Raja Muda Perak Darul Ridzuan Mini Classic Speed Day dianjurkan oleh Pejabat Daerah Dan Tanah Perak Tengah dengan kerjasama Kelab Kereta Mini Classic Perak telah diadakan di Litar Dato Sagor Kg Gajah, Perak. Program telah diadakan selama 2 hari bermula dari 26 Januari hingga 27 Januari 2019.


Program telah dirasmikan oleh :

DULI YANG TERAMAT MULIA RAJA MUDA PERAK DARUL RIDZUAN Raja Jaafar ibni Almarhum Raja Muda Musa, D.K., D.K.A., S.P.C.M., J.S.M.


Program telah dimulakan dengan pendaftaran/ pemeriksaan enjin kereta dan taklimat perlumbaan. Pukul 9.00 pagi diadakan ujian masa fasa kedua ketegori suka-suka. Jam 10.30 pagi keberangkatan Duli Yang Teramat Mulia, Pengerusi Jemaah Pemangku Raja Perak Darul Ridzuan, Raja Jaafar Ibni Almarhum Raja Muda Musa. Program diteruskan dengan lawatan Duli Yang Amat Mulia ke tapak Auto Show, gimik menanam pokok.

Sementara itu telah diadakan perlumbaan akhir Mini Classic Kategori Standard dan Ubahsuai.


Pihak AADK Daerah Perak Tengah telah terlibat dalam mengadakan Pameran Antidadah bermula jam 10.00 pagi hingga acara selesai.




Acara sebegini sangat bagus diadakan sebagai salah satu program cara hidup sihat dan aktiviti yang boleh memupuk semangat sukan permotoran dan kerjasama antara jabatan yang terlibat dengan program tersebut.


#AmbilkisahAmbilTindakan
#PerangiDadahhabishabisan3.0
#Dadahmembinasakan
#Sayangidirimu
#KawasanBerisiko
#AADK
#AADKPERAKTENGAH

Post a Comment

0 Comments