Operasi Perdana AADK Daerah Perak Tengah Bilangan 1/2020 | Pada 10 Mac 2020 hingga 12 Mac 2020 telah diadakan Operasi Perdana Bil 1/2020 disekitar Daerah Perak Tengah melibatkan sekitar kawasan Kawasan Berisiko Tinggi (KBT) di Bota dan Kampung Gajah. Kekuatan pasukan operasi adalah seramai 8 orang pegawai dan 24 orang anggota melibatkan AADK Daerah Perak Tengah, AADK Negeri Perak, AADK Daerah Kuala Kangsar dan juga Klinik Cure & Care Seri Iskandar Perak.

Objektif Operasi
Objektif operasi adalah untuk menangkap dan menahan mereka yang terlibat dengan penagihan dadah, Orang Kena Pengawasan (OKP) tidak komplian dan aduan-aduan sekitar kawasan daerah Perak Tengah di samping mengurangkan bilangan penagih dadah baru dan mengekang kemasukan bahan terlarang di kawasan terbabit. Selain itu, operasi ini juga untuk mengurangkan kadar jenayah dan aduan penduduk di sekitar kawasan yang terlibat dan secara tidak langsung mewujudkan suasana yang lebih selamat kepada mereka. Operasi ini juga menunjukkan komitmen jabatan memberi perkhidmatan kepada masyarakat.
Fokus operasi
![]() |
| Pengarah AADK Negeri Perak menemubual OYDS yang telah ditahan |
Mengesan kes penagihan disekitar kawasan berisiko di daerah Perak Tengah di samping mengenal pasti port-port panas yang menjadi tumpuan penagih bagi melepaskan gian.
Menyelesaikan aduan masyarakat berkenaan dengan aktiviti penagihan wujud di sekitar kawasan dan penempatan mereka di samping menyelesaikan isu-isu yang berkaitan dengan masalah penagihan dalam kalangan ahli keluarga dan masyarakat umum secara tidak langsung kita dapat mengurangkan kadar penagihan dadah bagi kes baru mahupun berulang terutamanya dalam kalangan remaja.
Membuat tangkapan bagi kes yang ingkar perintah pengawasan dan juga yang gagal hadir program pemulihan yang telah diperintahkan oleh mahkamah.
Ringkasan Operasi
![]() |
| Ketua Pegawai memberi penerangan berkenaan undang-undang dan hukuman kepada OYDS |
Jumlah tangkapan adalah berjumlah 30 orang iaitu 29 orang lelaki berbangsa melayu dan 1 orang perempuan melayu. 30 orang tangkapan terbabit didapati positif ujian saringan ujian air kencing. Pecahan positif mengikut jenis dadah adalah 13 orang opiat, 1 orang THC dan 16 orang Methaphetamin. Peruntukan tindakan undang-undang ke atas tangkapan adalah 28 orang didakwa di bawah Seksyen 3(1) Akta Penagih Dadah dan 2 orang dibawah Subseksyen 6(2) Akta Penagih Dadah. Pecahan mengikut adalah antara umur 16 tahun hingga 68 tahun. Walaubagaimanapun tiada rampasan dadah semasa operasi.
Kebanyakan Orang Yang Disyaki (OYDS) adalah bekerja sebagai buruh am, pelajar sekolah menengah dan juga keciciran persekolahan serta suri rumah. Kebanyakannya ditahan ketika berada di rumah yang telah dijadikan sebagai port penagihan.
Sepanjang operasi dijalankan antara cabaran yang dialami adalah keluarga yang tidak memberi kerjasama semasa anggota Unit Risikan dan Penguatkuasaan ingin membuat tangkapan. Selain itu, ada berlaku pergelutan antara anggota dengan suspek kerana ssspek bertindak agresif. Di kalangan OYDS juga terdapat 3 beradik yang terlibat dalam penagihan pada umur lewat 40 tahun.
![]() |
| Ketika operasi |
Harapan AADK
Pihak AADK akan terus cuba meningkatkan usaha membanteras dan membasmi permasalahan dadah. Program pendidikan pencegahan dadah dan penguatkuasaan undang-undang akan sentiasa dipertingkatkan dari semasa ke semasa sehingga visi dan misi organisasi/negara yang disasarkan tercapai. Masyarakat setempat juga diharap dapat memberi maklumat kepada AADK dan lebih peka dengan permasalahan penagihan ditempat masing-masing. Kerjasama semua pihak amat mustahak bagi menjayakan usaha membasmi gejala penagihan dan pengedaran dadah.




0 Comments