Hari Sukan AADK Daerah Perak Tengah Sempena Bulan Sukan Negara

Hari Sukan AADK Daerah Perak Tengah Sempena Bulan Sukan Negara : 18 Oktober 2019 | Sempena menyahut cabaran Ketua Pengarah Agensi Antidadah Kebangsaan, YDH.CP Dato' Sri Zulkifli Bin Abdullah supaya semua pegawai dan kakitangan Agensi Antidadah Kebangsaan seluruh negara secara serentak pihak Agensi Antidadah Kebangsaan Daerah Perak Tengah telah mengadakan aktiviti senaman pagi dan jogging di sekitar Tasik Universiti Teknologi Petronas (UTP), Tronoh Perak.






Kerajaan Malaysia telah mengumumkan bulan oktober sebagai bulan membudayakan aktiviti sukan sebagai amalan harian. Faedah daripada bersukan amat banyak untuk individu, keluarga dan negara. Untuk pengetahuan, Ketua Pengarah AADK Malaysia telah menganjurkan program Sihat, Cergas & langsing sejak lebih setahun yang lepas bagi memastikan pegawai & kakitangan berada di tahap berat ideal masing-masing.


Sebelum memulakan larian mengelilingi Tasik UTP, Encik Zamzuri telah mengetuai pegawai & kakitangan yang lain untuk melakukan regangan. Setiap pusingan tasik adalah lebih kurang 1.2 kilometer. Tasik UTP juga sering kali menjadi lokasi program Sihat, Cergas & Langsing untuk pegawai & kakitangan AADK Daerah Perak Tengah.

Cabaran seperti ini disambut baik oleh pegawai & kakitangan kerana atas dorongan ini amalan aktiviti sihat ini dapat dilakukan sekurang-kurangnya satu minggu satu kali. Melalui program seperti ini juga dapat mengurangkan tekanan kerja di pejabat dan merapatkan silaturrahim antara pegawai & kakitangan yang ada.

Post a Comment

1 Comments