SERI ISKANDAR,19 OKTOBER 2019 (Sabtu) | Dadah Musuh Nombor 1 Negara. Bagi memberi kesedaran kepada masyarakat program pencegahan dadah telah dijalankan secara kerjasama bersama jabatan kerajaan dan NGO yang lain bagi memastikan maklumat bahaya dadah disebarkan secara meluas. Pencegahan dadah adalah lebih baik daripada pemulihan yang mana proses pemulihan dadah adalah proses yang bukan senang untuk dicapai, jadi cegah sebelum kita, ahli keluarga kita, sahabat handai terlibat. Anda cuba anda merana. Baru-baru ini Unit Pencegahan Agensi Antidadah Kebangsaan dengan kerjasama Persatuan Mencegah Dadah Malaysia (PEMADAM) Daerah Perak Tengah telah mengadakan pameran di sebuah program anjuran Jabatan Penerangan Daerah Perak Tengah.
Program Sepakat Komuniti Daerah Perak Tengah telah ini telah diadakan di
Perkarangan D'Mall Seri Iskandar, Perak. Pelbagai aktiviti telah
dijalankan untuk orang ramai antaranya Pertandingan
Beyblade,pertandingan memasak dan lain lain lagi. Tidak ketinggalan
Pihak AADK Daerah Tengah dengan kerjasama Pihak PEMADAM Perak Tengah
telah mengadakan Pameran interaktif seperti pertandingan menjawab kuiz
daripada pegawai AADK yang bertugas kepada orang ramai.
#ProgramSepakatKomuniti
#ProgramSepakatKomuniti

Majlis ini juga diserikan dengan
kehadiran Pengerusi PEMADAM Negeri Perak YB Hasnul Zulkarnain Abdul
Munaim yang juga Pengerusi Jawatankuasa Komunikasi, Multimedia, NGO dan
Pembangunan Koperasi,YB juga berkesempatan melawat ke booth Pameran
selain merasmikan Program Usahasama antara AADK dan PEMADAM Perak Tengah
dengan diiringi oleh Penyelaras Dun Kg Gajah Pn Zaiton,Ketua-Ketua
jabatan serta ahli jawatankuasa PEMADAM Perak Tengah. Kami mengucapkan
ribuan Terima Kasih atas kesudian YB hadir pada majlis ini.
YB Hasnul Zulkarnain Abdul Munaim juga diterangkan statistik terkini fenomena penagihan di sekitar bawah jajahan Agensi Antidadah Kebangsaan Daerah Perak Tengah dan aktiviti-aktiviti yang telah dijalankan sepanjang tahun ini oleh Ketua Pegawai AADK Daerah Perak Tengah iaitu Puan Nur Huwaina Binti Ahmad diiringi oleh pegawai AADK bertugas dan Jawatankuasa PEMADAM Daerah Perak Tengah.
![]() |
| Penyampaian hadiah daripada Setiausaha PEMADAM Daerah Perak Tengah |
![]() |
| Penyampaian hadiah daripada Ketua Pegawai AADK Daerah Perak Tengah |
Pameran interaktif yang dijalankan oleh pihak AADK Daerah Perak Tengah seperti menjawab kuiz yang disediakan juga mendapat sambutan yang baik daripada adik-adik yang hadir. Semoga dengan program pencegahan seperti ini dapat mereka sematkan didalam hati supaya sentiasa berhati-hati dalam meniti kehidupan yang mencabar kini dan berusaha untuk mengelak daripada terjebak dengan gejala tidak sihat seperti penyalahgunaan dadah ini.
#PEMADAMPERAKTENGAH
#PerangiDadahhabishabisan
#CommunityEmpowerment



1 Comments
Terbaik boh..!!
ReplyDelete