MAJLIS SAMBUTAN HARI ANTIDADAH KEBANGSAAN KE -35 DAN HARI PENJARA KE -228 | Hari Antidadah Kebangsaan yang jatuh pada 19 Februari setiap tahun adalah bertujuan untuk memperingatkan rakyat Malaysia akan peranan dan tanggungjawab kita berhadapan dengan ancaman dadah kepada negara.
Tema Hari Antidadah Tahun ini ialah “Komuniti Kita Tanggungjawab Kita”
memberi makna yang cukup besar tentang peranan dan tanggungjawab yang
perlu dipikul secara bersama bagi memastikan komuniti tempat tinggal
kita selamat dan bebas daripada permasalahan dadah. Masyarakat atau
komuniti ialah kelompok manusia yang paling hampir di tempat tinggal
kita . Segala perkara tentang diri, ahli keluarga, harta benda dan
kerjaya terlebih dahulu diketahui oleh mereka. Oleh sebab itu,
masyarakat ialah orang yang paling dekat untuk meminta pertolongan
ketika ditimpa bencana atau musibah. Justeru itu, ahli masyarakat tidak
seharusnya meletakkan tanggungjawab memerangi penyalahgunaan dadah hanya
di bahu kerajaan semata-mata. Ini kerana pencegahan awal perlu
dimulakan di peringkat masyarakat setempat untuk menggerakkan aktiviti
kemasyarakatan yang berupaya menghindari berlakunya masalah dadah,
sosial dan jenayah dalam masyarakat.

Sebagai tanda sokongan atas usaha membanteras penyalahgunaan dadah marilah sama-sama kita memeriahkan Majlis Sambutan Hari Antidadah Kebangsaan ke-35 & Hari Penjara ke-228. Satu Majlis Sambutan Hari Antidadah Kebangsaan Ke-35 Dan Hari Penjara akan disambut serentak pada:
Tarikh : 31 Mac 2018 (Sabtu)
Tempat : Arena Merdeka Tapah, Perak Darul Ridzuan.
Dirasmikan oleh:
YAB Dato' Seri Diraja Dr Ahmad Zahid Bin Hamidi
Timbalan Perdana Menteri
Merangkap Menteri Dalam Negeri.
MOH KOME, YONG YEOP SAMA-SAMA KITA KE SANA.

0 Comments