PAMERAN ILMIAH/INTERAKTIF DAN CERAMAH BAHAYA NAJIS DADAH

DEWAN TERBUKA SEKOLAH KEBANGSAAN ISKANDAR PERDANA | 7 MAC 2018 | Pihak sekolah telah menjemput AADK Daerah Perak Tengah untuk memeriahkan Program Pendidikan Pencegahan Dadah (PPDa) peringkat sekolah yang diadakan pada jam 3.00 petang hingga 5 petang. Program ini menyasarkan murid daripada Tahun 4, 5 dan 6 sebagai fokus.

 Pegawai daripada Unit Pencegahan AADK Daerah Perak Tengah, Cik Hani Farina sedang menerangkan dan menjawab pertanyaan daripada murid-murid yang hadir ke tapak pameran AADK sebelum dan selepas ceramah disampaikan.

 Antara program interaktif yang diadakan bersama murid-murid yang mana mereka sangat memberikan kerjasama yang baik kepada pegawai bertugas.

 Selain daripada murid-murid, guru-guru juga mengambil peluang untuk berkongsi pengalaman dan bertanya tentang fenomena dadah kini.

 Ceramah antidadah disampai oleh En. Sahar Binti Hariri diselang seli dengan kuiz antidadah juga video antidadah.

Tujuan pameran diadakan adalah untuk memberi pendedahan tentang penyalahgunaan dadah dalam usaha mencegah kanak-kanak peringkat sekolah rendah daripada terlibat dengan najis dadah. Pencegahan awal seperti ini perlu diadakan untuk menyedarkan bahawa dadah tidak memberi apa-apa kebaikan untuk kehidupan sesorang dan perlu dielakkan serta sentiasa mengingati antara satu sama lain tentang bahaya salah guna dadah ini.

Harapan kami semoga anak-anak kecil ini meletakkan dalam diri mereka kebencian kepada penyalahgunaan dadah ini sejak dari awal lagi dan maklum apa yang mereka perlu buat jika tahu dan berada dalam situasi orang terdekat seperti ahli keluarga dan rakan-rakan yang terlibat atau hampir terlibat.

#aadkperaktengah
#perangidadahhabishabisan
#komunitikitatanggungjawabkita
#dadahkesannyamembinasakan.

Post a Comment

0 Comments