PROGRAM TEMPAT KERJA BEBAS DADAH SEKTOR AGRONOMI

PROGRAM TEMPAT KERJA BEBAS DADAH  SEKTOR AGRONOMI | 7 MAC 2018 | Program ini telah diadakan di Felcra Seberang Perak melibatkan  para pekerja dan pengurusan tertinggi Felcra Seberang Perak. Pelbagai input dan perkongsian telah diberikan kepada perserta program yang telah disampaikan oleh Ketua Unit Pencegahan AADK Daerah Perak Tengah iaitu Puan Puteri Adni Binti Noor Mohammad.


Objektif Program :


  • Program ini bertujuan untuk memastikan kawasan tempat kerja bebas daripada dadah.

  • Memberi pengetahuan mengenai bahaya penyalahgunaan dadah kepada majikan dan pekerja.

  • Meningkatkan komitmen majikan dan pekerja bagi mewujudkan persekitaran tempat kerja bebas dadah.

  • Memberi kemahiran mengurus masalah penyalahgunaan dadah di tempat kerja kepada majikan dan menyediakan program pemulihan yang berkesan.

  • Mencegah penyalahgunaan dadah di tempat kerja serta mewujudkan persekitaran kerja yang sihat dan selamat.

  • Mengenalpasti pekerja yang berisiko terlibat dalam penyalahgunaan dadah.


Ribuan terima kasih diucapkan kepada para peserta yang telah memberi kerjasama sepanjang program ini berlangsung. Semoga sama-sama kita menjaga diri dan elak terlibat dalam penyalahgunaan dadah yang boleh membinasakan.

#Negaraku
#Ambikkisahambiltindakan
#PerangiDadahHabisHabisan3.0
#Dadahmembinasakan
#Sayangidirimu
#AADK
#AADKPeraktengah

Post a Comment

0 Comments