Titi Gantong Bota, 10 Mac 2023 ; AADK Daerah Perak Tengah telah menerima jemputan untuk mengadakan ceramah dan pameran statik dari Institut Pertanian Titi Gantong, Bota Perak sempena Minggu Orientasi Pelajar institut bertempat di dewan terbuka IPT berkenaan.

Antara aktiviti yang dijalankan oleh institut tersebut adalah Ceramah Antidadah, Edaran Pamplet, dan Pameran Statik Antidadah (i-Cegah).

Ceramah Berkaitan dengan Penyalahgunaan Dadah telah disampaikan oleh Puan Intan Nafisah Binti Mohd Salleh. Selain itu, isu disiplin seperti gejala rokok dan vape di kalangan pelajar ipt juga turut ditekankan sebagai langkah pencegahan awalan kepada penyalahgunaan dadah.

____________________________________________________________________________________________________

Jika anda atau orang yang anda kenali ingin menyertai program rawatan dan pemulihan dadah yang disediakan oleh pihak AADK, sila hadir ke pejabat AADK yang berhampiran atau hubungi talian Hotline AADK di 03-8911 2233 atau 019-626 2233.

#DadahTerkawal2025
#TakPerluStimGuys
#LebihBaikCegah
#DadahTerkawal2025
#LebihBaikCegah
#kemakmurandankesejahteraanbersama

Post a Comment

0 Comments