KUNJUNGAN HORMAT KE ATAS ORANG BESAR JAJAHAN PERAK TENGAH

 


Kunjungan Hormat Ke Atas Orang Besar Jajahan Perak Tengah

Tarikh : 13 Mac 2023 (Isnin)
Tempat : Pejabat Orang Besar Jajahan Perak Tengah, Perak
Puan Naemah Binti Baharuddin selaku Ketua AADK Daerah Perak Tengah yang Baharu telah mengadakan kunjungan hormat ke atas Orang Besar Jajahan Perak Tengah, YBhg Orang Kaya Kaya Panglima Bukit Gantang Seri Amar DiRaja Dato’ Dr. Hj. Ahmad Ruslan Bin Mohd Ridzuan, D.P.M.P.
Kunjungan tersebut adalah bertujuan untuk mengadakan jalinan kerjasama antara AADK dan juga OBJ Perak Tengah dalam menangani masalah berkaitan dengan penyalahgunaan dadah dalam komuniti setempat. Kerjasama ini merupakan usaha ke arah mencapai matlamat #DadahTerkawal2025 di Daerah Perak Tengah.
=========================================
Jika anda atau orang yang anda kenali ingin mendapatkan rawatan dan pemulihan dadah yang disediakan AADK, hubungi talian Hotline AADK di 03-8911 2233 atau 019-626 2233 yang beroperasi selama 24 jam.




Post a Comment

0 Comments