RAMAH MESRA PENGARAH DI PEJABAT AADK DAERAH PERAK TENGAH


 

SESI RAMAH MESRA PENGARAH AADK NEGERI PERAK
SERI ISKANDAR, 08 Mac 2023 ; Encik Mohd Azizi Bin Salleh, Pengarah AADK Negeri Perak telah berkunjung ke Pejabat AADK Daerah Perak Tengah atas tujuan menyantuni pegawai dan kakitangan AADK Daerah Perak Tengah pada jam 11.30 pagi.
Dalam pertemuan hampir 1 jam, beliau telah menyampaikan amanat dan hasrat Ketua Pengarah AADK Malaysia kepada semua pegawai dan kakitangan pejabat. Beliau juga mengingatkan kepada semua warga agar melaksanakan tugas dengan penuh dedikasi dan berintegriti dalam menjalankan tugas. Selain itu, beliau juga menekankan kepada semua untuk berkongsi idea dan pendapat dalam organisasi untuk melakukan pembaharuan dan penambahbaikan. Kami juga diberi peluang untuk memberi pendapat dan persoalan semasa sesi perjumpaan dengan pengarah.
Perjumpaan ini telah diakhiri dengan jamuan ringan. Seluruh warga agensi mengucapkan ribuan terima kasih atas kesudian Tuan Pengarah hadir ke pejabat kami.
**************************************************************
Jika anda atau orang yang anda kenali ingin mendapatkan rawatan dan pemulihan dadah yang disediakan AADK, hubungi talian Hotline AADK di 03-8911 2233 atau 019-626 2233 yang beroperasi selama 24 jam.

Post a Comment

0 Comments