KUNJUNGAN HORMAT KETUA AADK PERAK TENGAH KE ATAS IPD SERI ISKANDAR

 


KUNJUNGAN HORMAT KE ATAS IPD SERI ISKANDAR


Seri Iskandar, 1 Mac 2023 ; Ketua AADK Daerah, Puan Naemah Binti Baharuddin mengadakan kunjungan hormat ke atas IPD Daerah Perak Tengah bertemu dengan OCPD Daerah Perak Tengah, Tuan Supt Barudin Wariso.Perjumpaan ini merupakan perjumpaan kali pertama bagi memperkenalkan diri selaku Ketua AADK Daerah Perak Tengah yang baharu.

Antara tujuan utama adalah untuk bersua dan mengenal dengan lebih dekat Tuan OCPD Daerah. Selain itu turut membincangkan tentang perancangan AADK bersama PDRM bagi tahun 2023. Semoga dengan pertemuan ini kerjasama antara Jabatan dapat diperkukuhkan lagi. Selain itu, perkongsian maklumat mengenai masalah dan isu dadah terkini juga isu-isu semasa turut dibicarakan. Kerjasama ini merupakan usaha ke arah mencapai matlamat #DadahTerkawal2025 di Daerah Perak Tengah.

***********************************************************************
#LebihBaikCegah. Keprihatinan kepulihan adalah kehidupan. Jika anda/ rakan anda menghadapi masalah berkaitan dadah hubungi pejabat AADK yang berhampiran atau hubungi talian hotline AADK atau 019-626 2233 untuk keterangan lanjut khidmat nasihat, pertanyaan dan aduan.

#LebihBaikCegah
#TakPerluStimsGuys
#DadahTerkawal2025

Post a Comment

0 Comments