WALKING MESSAGE SEKITAR SERI SIKANDAR

 


PROGRAM WALKING MESSAGE DAN OMNIPRESENCE

10 Mac 2023 | Jumaat

AADK Daerah Perak Tengah telah melaksanakan Walking Message dan Omnipresence di kawasan sekitar Bandar Universiti Seri Iskandar. Pengisian seperti rondaan, dan mengedar bahan risalah Antidadah kepada orang ramai telah dijalankan sepanjang program tersebut berlangsung.

Antara objektif program ini salah satunya adalah sebagai langkah untuk mewujudkan faktor pelindung selain meningkatkan tahap kesediaan komuniti melalui penyampaian maklumat bahaya penyalahgunaan dadah dan kesan penagihan dadah serta peranan masyarakat ke arah mencapai sasaran dadah terkawal 2025.
Kehadiran anggota penguatkuasa di kawasan berisiko tinggi juga akan mewujudkan persekitaran yang lebih selamat.

AADK menyarankan orang awam untuk menyalurkan sebarang maklumat mengenai aktiviti penagihan dadah kepada AADK daerah berdekatan.

Mari kita bersama-sama dan berganding bahu merealisasikan #DadahTerkawal2025. Jom Like dan Follow media sosial kami dan dapatkan info-info terkini berkenaan perkhidmatan kami. 

Jika anda atau orang yang anda kenali ingin mendapatkan rawatan dan pemulihan dadah yang disediakan AADK, hubungi talian Hotline AADK di 03-8911 2233 atau 019-626 2233 yang beroperasi selama 24 jam.


#ToStop

#ToDelay

#ToPrevent

#PreventionIsBetterThanCure

#BetterKnowledgeForBetterCare

#ShareFactsonDrugs #SaveLives

#DadahTerkawal2025

#TakPerluStimGuys

#LebihBaikCegah


Post a Comment

0 Comments