Kunjungan Hormat Ke Atas Penghulu Mukim Kampung Gajah (Mukim KBT)



Kunjungan Hormat Ke Atas Penghulu Mukim Kampung Gajah (Mukim KBT)
Tarikh : 14 Mac 2023 (Selasa)
Tempat : Pejabat Penghulu Mukim Kampung Gajah, Perak
Puan Naemah Binti Baharuddin selaku Ketua AADK Daerah Perak Tengah yang Baharu telah mengadakan kunjungan hormat ke atas Pejabat Penghulu Mukim Kampung Gajah Encik Ainuddin Bin Ayob.
Dalam pertemuan tersebut pihak AADK telah menerangkan berkenaan tentang Program Pengurangan Kawasan Berisiko Tinggi (KBT) Mukim Kampung Gajah yang telah dilaksanakan pada tahun ini. AADK juga telah merangka pelbagai program bagi merealisasikan #DadahTerkawal2025.
Selain itu, sempat juga Ketua AADK Daerah Perak Tengah menyampaikan sedikit cenderahati kepada Penghulu Ainuddin.
Semoga jalinan kerjasama ini dapat membendung penyalahgunaan dadah dalam komuniti Kampung Gajah.
===================================
Ingin dapatkan maklumat berkaitan dadah, penagihan dan rawatan? Boleh ikuti kami di media sosial rasmi Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK). Turut disediakan info-info mengenai perkhidmatan kami.
#LebihBaikCegah. Keprihatinan kepulihan adalah kehidupan. Jika anda/ rakan anda menghadapi masalah berkaitan dadah hubungi pejabat AADK yang berhampiran atau hubungi talian hotline AADK atau 019-626 2233 untuk keterangan lanjut khidmat nasihat, pertanyaan dan aduan.


 

Post a Comment

0 Comments