PROGRAM PEMULIHAN (I-PULIH)
Tarikh : 07 Mac 2023 (Selasa)
Masa : 10.00 pagi – 11.30 pagi
Tempat : Pejabat AADK Daerah Perak Tengah
Program Lapor diri bagi Klien Pengawasan (AADK Daerah Perak Tengah) telah dijalankan di Pejabat AADK Daerah Perak Tengah bertujuan untuk memastikan Orang Kena Pengawasan (OKP) hadir ke program lapor diri pada setiap bulan . Selain itu, klien turut menjalani program yang berkaitan dengan pemulihan yang telah dirancang oleh Puan Nurul Leani Binti Che Hasni, Ketua Unit Pemulihan AADK Daerah Perak Tengah. Seramai 24 orang klien telah berjaya hadir pada tarikh ini yang melibatkan klien di mukim Bota.
______________________________________________________________________
Jika anda atau orang yang anda kenali ingin menyertai program rawatan dan pemulihan dadah yang disediakan oleh pihak AADK, sila hadir ke pejabat AADK yang berhampiran atau hubungi talian Hotline AADK di 03-8911 2233 atau 019-626 2233.


0 Comments